Latih Kendiri 3.1a BAB 3 Matematik Pengguna Risiko dan Perlindungan Insurans Tingkatan 5
Latih Kendiri 3.1a BAB 3 Matematik Pengguna Risiko dan Perlindungan Insurans Tingkatan 5
Latih Kendiri 3.1a BAB 3 Matematik Pengguna Insurans
1. Berdasarkan situasi di bawah, jawab soalan berikut.
Encik Daud membeli satu polisi insurans untuk dirinya jika dia terlibat dengan
kemalangan daripada Syarikat Insurans Bersatu berjumlah RM300 000 dengan bayaran
bulanan RM100.
(a) Siapakah syarikat insurans dan pemegang polisi?
(b) Berapakah had perlindungan?
(c) Berapakah nilai premium bulanan?
(d) Nyatakan risiko yang diinsuranskan.
2. Pada suatu hari, kereta Melisa telah melanggar sebuah kereta lain dalam satu
kemalangan dan dia didapati bersalah. Akibat kemalangan itu, kedua-dua buah kereta
mengalami kerosakan teruk dan pemandu kereta yang dilanggar Melisa mengalami
kecederaan patah kaki. Melisa ingin membuat tuntutan kerosakan bagi kedua-dua
buah kereta serta kos rawatan kecederaan pemandu tersebut.
Berdasarkan senario di atas, nyatakan tuntutan yang boleh dibuat oleh Melisa kepada
syarikat insuransnya jika dia menginsuranskan keretanya bawah polisi pihak ketiga.
Comments
Post a Comment