F5 Addmath Latihan Kendiri 7.2 Q2 Bab 7 PENGATURCARAAN LINEAR
F5 Addmath Latihan Kendiri 7.2 Q2 Bab 7 PENGATURCARAAN LINEAR
Latihan Kendiri 7.2
Soalan 2
2. Sebuah kilang menghasilkan arca pasu A dan
pasu B dengan menggunakan mesin P dan
Q. Jadual di bawah menunjukkan masa yang
diambil untuk menghasilkan arca pasu A dan
pasu B.
Arca
pasu
Masa yang diambil (minit)
Mesin P Mesin Q
A 40 30
B 20 60
Kilang tersebut menghasilkan x unit arca pasu A dan y unit arca pasu B dalam masa
seminggu. Mesin P beroperasi tidak melebihi 2 000 minit. Mesin Q pula beroperasi
sekurang-kurangnya 1 800 minit. Penghasilan arca pasu B tidak melebihi tiga kali ganda
penghasilan arca pasu A.
(a) Selain x > 0 dan y > 0, tuliskan tiga ketaksamaan yang memenuhi semua kekangan
di atas.
(b) Dengan menggunakan skala 2 cm kepada 10 unit pada kedua-dua paksi, bina dan
lorekkan rantau R yang memuaskan semua kekangan itu.
(c) Dengan menggunakan graf yang dibina di (b), cari
(i) bilangan minimum arca pasu B yang boleh dihasilkan jika kilang tersebut
bercadang untuk menghasilkan 30 unit arca pasu A sahaja,
(ii) jumlah keuntungan maksimum seminggu jika keuntungan yang diperoleh daripada
satu unit arca pasu A dan satu unit arca pasu B masing-masing ialah RM300
dan RM250.
Comments
Post a Comment