Posts

Showing posts from March, 2022

Untuk Soalan Seterusnya, tap/klik Link (merah) di bawah setiap soalan semasa, eg: F3 Bab 1 (Uji Minda 1.1a) pilih Q4 atau Q5 bergantung soalan yg dicari. Jika tiada soalan tersedia, comment untuk di update soalan tertentu.

F5 Latih Kendiri 1.3b Bab 1 Ubahan Songsang Matematik Tingkatan 5

Image
F5 Latih Kendiri 1.3b Bab 1 Ubahan Bergabung Matematik Tingkatan 5 Latih Kendiri 1.3b Bab 1 Ubahan Bergabung Menyelesaikan masalah yang melibatkan ubahan bergabung. Soalan 1 1. Encik Kamal ingin memasang jubin berbentuk segi empat tepat di bilik tidurnya. Bilangan jubin yang diperlukan, J, berubah secara songsang dengan panjang, p m dan lebar, l m, jubin yang digunakan. Encik Kamal memerlukan 120 keping jubin jika jubin berukuran panjang 0.4 m dan lebar 0.5 m digunakan. (a) Hitung bilangan jubin yang diperlukan jika panjang ialah 0.2 m dan lebar ialah 0.3 m. (b) Jika luas jubin bertambah, apakah perubahan yang akan berlaku pada bilangan jubin yang diperlukan? Soalan 2 2. Purata bilangan panggilan telefon harian, C, di antara dua buah bandar berubah secara langsung dengan populasi kedua-dua buah bandar, P1 dan P2, dan secara songsang dengan kuasa dua jarak, j, di antara dua buah bandar tersebut. Jarak di antara bandar A dengan bandar B ialah 210 km. Purata bilangan panggilan telefon har

F5 Latih Kendiri 1.1d Bab 1 Ubahan Matematik Tingkatan 5

Image
F5 Latih Kendiri 1.1d Bab 1 Ubahan Matematik Tingkatan 5 Latih Kendiri 1.1d Bab 1 Ubahan Soalan 1 1. Lee mengisi air ke dalam sebuah tangki dengan menggunakan hos getah pada pukul 8:00 pagi. Pada pukul 11:00 pagi, Lee mendapati bahawa tangki itu telah diisi dengan 48% air. (a) Tuliskan satu persamaan yang menghubungkan isi padu air, V, yang diisi ke dalam tangki dengan masa yang diambil, t. (b) Pada pukul berapakah tangki itu akan diisi penuh dengan air? Soalan 2 2. Aminah ingin menggunting beberapa bentuk segi tiga daripada sekeping kad. Diberi luas segi tiga yang digunting, L cm2, berubah secara langsung dengan tapak, x cm, dan tinggi, y cm. Pada mulanya, dia menggunting satu segi tiga dengan L = 14, x = 7 dan y = 4. (a) Tuliskan hubungan antara L dengan x dan y. (b) Aminah merancang untuk menggunting segi tiga kedua dengan nilai tapak bertambah 20% dan nilai tinggi berkurang 10%. Berapakah peratusan perubahan untuk luas segi tiga kedua ini? Soalan 3 3. Sebuah kedai piza menjual ti

F5 Latih Kendiri 1.2c Bab 1 Ubahan Songsang Matematik Tingkatan 5

Image
F5 Latih Kendiri 1.2c Bab 1 Ubahan Songsang Matematik Tingkatan 5 Latih Kendiri 1.2c Bab 1 Ubahan Songsang Soalan 1 1. Jadual di sebelah menunjukkan rintangan bagi seutas dawai yang berubah dengan keratan rentas jejari. (a) Tentukan sama ada rintangan, R, bagi dawai ini berubah secara songsang dengan j 2. (b) Hitung jejari dawai dalam mm, jika rintangannya ialah 25 Ω. Soalan 2 dan 3 2. Bilangan kubus, b, yang dihasilkan daripada sejumlah kuantiti logam yang tetap berubah secara songsang dengan kuasa tiga sisinya, p cm. Jika b = 16 apabila p = 1.5, hitung nilai p apabila b = 250. 3. Bilangan ayunan, A bagi satu bandul ringkas berubah secara songsang dengan punca kuasa dua panjang bandul, p cm dalam suatu tempoh yang tetap. Diberi bahawa bilangan ayunan ialah 9 apabila panjang bandul ialah 36 cm, hitung panjang bandul ringkas jika bilangan ayunan ialah 15.

F5 Latih Kendiri 1.1c Bab 1 Ubahan Matematik Tingkatan 5

Image
F5 Latih Kendiri 1.1c Bab 1 Ubahan Matematik Tingkatan 5 Latih Kendiri 1.1c Bab 1 Ubahan Ubahan tercantum ialah ubahan langsung dengan keadaan satu pemboleh ubah berubah sebagai hasil darab dua atau lebih pemboleh ubah yang lain. Jika y berubah secara langsung dengan x, dan y berubah secara langsung dengan z. Maka, y berubah secara tercantum dengan x dan z, iaitu y ∝ xz. Bagi suatu ubahan tercantum , y berubah secara tercantum dengan x m dan z n boleh ditulis sebagai y ∝ x m z n (hubungan ubahan) y = k x m z n (bentuk persamaan) dengan keadaan m = 1, 2, 3, 12, 13, n = 1, 2, 3, 12, 13 dan k ialah pemalar. Soalan 1, 2 dan 3 1. Tuliskan hubungan dengan menggunakan simbol ∝ bagi setiap yang berikut. (a) s berubah secara langsung dengan t dan u. (b) v berubah secara langsung dengan w2 dan x. (c) a berubah secara langsung dengan kuasa tiga b dan punca kuasa dua c. (d) Luas permukaan melengkung, L cm2, sebuah silinder berubah secara langsung dengan jejari tapaknya, j cm dan tingginya, h cm.

F3 Uji Minda 1.1a Bab 1 Indeks Matematik Tingkatan 3

Image
F3 Uji Minda 1.1a Bab 1 Indeks Matematik Tingkatan 3 Uji Minda 1.1a Bab 1 Indeks 1. Lengkapkan jadual di bawah dengan asas atau indeks bagi nombor atau sebutan algebra yang diberi. 2. Nyatakan pendaraban berulang berikut dalam bentuk indeks an. (a) 6 × 6 × 6 × 6 × 6 × 6 (b) 0.5 × 0.5 × 0.5 × 0.5 × 0.5 × 0.5 × 0.5 (c) —1 × —1 × —1 × —1 (d) (–m) × (–m) × (–m) × (–m) × (–m) 2 2 2 2 (e) 1—2 × 1—2 × 1—2 (f) (– 1– ) × (– 1– ) × (– –1) × (– 1– ) × (– –1) × (– 1– ) 3. Tukarkan nombor atau sebutan algebra dalam bentuk indeks kepada pendaraban berulang. (a) (–3)3 (b) (2.5)4 (c) (—2 ) 1 5 (d) (– 2 —)3 3 4 (e) k6 (f) (–p)7 (g) (—1 )8 (h) (3n)5

F1 Latih Diri 1.2a Bab 1 Nombor Nisbah Matematik Tingkatan 1

Image
F1 Latih Diri 1.2a Bab 1 Nombor Nisbah Matematik Tingkatan 1 1.2 Operasi Asas Aritmetik yang Melibatkan Integer Latih Diri 1.2a Bab 1 Nombor Nisbah (a) penambahan (i) integer positif diwakili pergerakan ke sebelah kanan (ii) integer negatif diwakili pergerakan ke sebelah kiri (b) penolakan (i) integer positif diwakili pergerakan ke sebelah kiri (ii) integer negatif diwakili pergerakan ke sebelah kanan 1. Selesaikan setiap yang berikut. (a) 6 + (+2) (b) –4 + (–3) (c) 3 – (+2) (d) –2 – (–4) (e) –8 + (–2) (f) 6 – (+3) (g) 9 + (+4) (h) –5 – (–3)

F4 Latih Diri 10.1 Bab 10 Nombor Indeks Matematik Tambahan

Image
F4 Latih Diri 10.1 Soalan 1-3 Bab 10 Nombor Indeks Matematik Tambahan F4 Latih Diri 10.1  Bab 10 Nombor Indeks Soalan 1, 2 dan 3 1. Persatuan Automotif Malaysia (MAA) melaporkan bahawa jumlah kenderaan komersial yang berdaftar pada tahun 2015 ialah 75 376 buah manakala jumlah kenderaan komersial yang berdaftar pada tahun 2017 ialah 61 956 buah. Hitung indeks bilangan kenderaan komersial yang berdaftar pada tahun 2017 berasaskan tahun 2015 dan tafsirkan. 2. Purata perbelanjaan bulanan isi rumah di Malaysia pada tahun 2014 ialah RM3 578. Pada tahun 2017, purata perbelanjaan bulanan isi rumah ialah RM4 033. Cari indeks purata perbelanjaan bulanan isi rumah pada tahun 2017 berasaskan tahun 2014 dan tafsirkan. 3. Jumlah pengeluaran buah sawit di Malaysia pada tahun 2013 ialah sebanyak 720 440 105 tan metrik. Diberi indeks jumlah pengeluaran buah sawit pada tahun 2016 berasaskan tahun 2013 ialah 90.23, cari jumlah pengeluaran buah sawit pada tahun 2016. Soalan 4 4. Jadual di bawah menunjukka

F5 Matematik Bab 1 Ubahan Buku Teks Tingkatan 5

Image
F5 Matematik Bab 1 Ubahan Buku Teks Tingkatan 5 Bab 1 Ubahan Dalam kehidupan seharian, kita sering berdepan dengan situasi yang melibatkan hubungan perubahan kuantiti. Contohnya, jarak perjalanan dengan tambang teksi, jumlah faedah yang diperoleh mengikut tempoh dengan kadar faedah tertentu. 1.1 Ubahan Langsung Ubahan langsung menerangkan perkaitan antara dua pemboleh ubah, dengan keadaan apabila satu pemboleh ubah y bertambah maka pemboleh ubah x juga bertambah pada kadar yang sama dan sebaliknya. Hubungan ini juga ditulis sebagai y berubah secara langsung dengan x. Latih Kendiri 1.1b <klik sini> Latih Kendiri 1.1c Latih Kendiri 1.1d 1.2 Ubahan Songsang Latih Kendiri 1.2b Latih Kendiri 1.2c 1.3 Ubahan Bergabung Latih Kendiri 1.3a Latih Kendiri 1.3b Latih Ekstensif

F5 Matematik Latih Kendiri 1.1b Bab 1 Ubahan Buku Teks Tingkatan 5

Image
F5 Matematik Latih Kendiri 1.1b Soalan 1 Bab 1 Ubahan Buku Teks Tingkatan 5 Latih Kendiri 1.1b Bab 1 Ubahan Soalan 1 1. Jadual berikut menunjukkan nilai-nilai bagi dua pemboleh ubah, x dan y. (a) Tentukan sama ada y berubah secara langsung dengan x atau x3. Kemudian, tuliskan hubungan tersebut dalam bentuk ubahan. x 1 2 3 4 5 y 2.5 5 7.5 10 12.5 (b) Tentukan sama ada y berubah secara langsung dengan x atau x. Kemudian, tuliskan hubungan tersebut dalam bentuk ubahan. x 4 9 25 36 49 y 0.6 0.9 1.5 1.8 2.1 Soalan 3 3. Diberi p = 32 apabila q = 4. Ungkapkan p dalam sebutan q jika (a) p berubah secara langsung dengan q3, (b) p berubah secara langsung dengan punca kuasa dua q. Soalan 4 dan 5 4. Gaji, RMx, yang diperoleh seorang pekerja berubah secara langsung dengan jumlah masa bekerja, t jam. Diberi bahawa seorang pekerja telah menerima gaji sebanyak RM112 selepas bekerja selama 14 jam. Tuliskan persamaan yang menghubungkan x dengan t. 5. Diberi y = 1.8 apabila x = 0.6, hitung nilai y ap

F1 Bab 1 Nombor Nisbah Matematik Tingkatan 1 Buku Teks KSSM

Image
F1 Bab 1 Nombor Nisbah Matematik Tingkatan 1 Buku Teks KSSM Bab 1 Nombor Nisbah Nombor memainkan peranan penting dalam bidang perniagaan dan perdagangan, perbankan, kejuruteraan dan sebagainya. Seawal 200 S.M., orang Cina menggunakan batang kayu untuk mewakili nombor positif dan nombor negatif. Mereka menggunakan batang merah untuk mewakili nombor positif dan batang hitam untuk mewakili nombor negatif. Nombor negatif tidak muncul di Eropah hingga kurun ke-15. 1.1 Integer Kita sering kali bertemu dengan situasi yang melibatkan dua perubahan yang bertentangan seperti arah pergerakan ke kanan atau ke kiri, menaik atau menurun, nilai yang lebih atau kurang daripada sifar dan nilai yang bertambah atau berkurang. Situasi tersebut boleh diwakili dengan nombor positif dan nombor negatif. Latih Diri 1.1a <klik sini> 1.2 Operasi Asas Aritmetik yang Melibatkan Integer Latih Diri 1.2a <klik sini> Latih Diri 1.2b <klik sini> Latih Diri 1.2c <klik sini> Latih Diri 1.2d Latih

F1 Latih Diri 1.1a Bab 1 Nombor Nisbah Matematik Tingkatan 1

Image
F1 Latih Diri 1.1a Bab 1 Nombor Nisbah Matematik Tingkatan 1 Latih Diri 1.1a Bab 1 Nombor Nisbah 1. Bagi setiap situasi yang berikut, wakilkan dua perubahan yang bertentangan dengan menggunakan nombor positif dan nombor negatif.
Kepada semua pelajar/pelawat blog ini agar meninggalkan komen di ruang komen samada apa yang dipaparkan di blog ini dapat difahami atau sukar difahami agar dapat cikgu tingkatkan usaha. Feedback semua amat diperlukan untuk cikgu pastikan samada terus aktifkan blog ini atau sebaliknya. Kerjasama semua amat cikgu hargai. Blog aktif bergantung kepada support pengunjung. Terima kasih.

SUBSCRIBE PERCUMA



More Video
Visit My Youtube Channel


Beli Buku-buku Rujukan / Novel. >>KLIK SINI<< . Thank you for supporting my online store.
Kedai Abah Online Store


FOLLOW Facebook Page utk terkini https://www.facebook.com/TuisyenCikguAzman/

MENU Utama MATEMATIK (Klik Sini)

MENU Utama Matematik Tambahan (Klik Sini)

Sila Komen di ruang komen di atas untuk sebarang pertanyaan atau cadangan soalan,  Nyatakan latihan, mukasurat dan nombor soalan.


Please SHARE ke WS group atau FB / IG 

Followers