Posts

Showing posts from July, 2022

Untuk Soalan Seterusnya, tap/klik Link (merah) di bawah setiap soalan semasa, eg: F3 Bab 1 (Uji Minda 1.1a) pilih Q4 atau Q5 bergantung soalan yg dicari. Jika tiada soalan tersedia, comment untuk di update soalan tertentu.

Latihan Ekstensif BAB 3 Matematik Pengguna Risiko dan Perlindungan Insurans Tingkatan 5

Image
Latihan Ekstensif BAB 3 Matematik Pengguna Risiko dan Perlindungan Insurans Tingkatan 5 Latihan Ekstensif BAB 3 Matematik Tingkatan 5 6. Syarikat Insurans ABC menawarkan dua pelan insurans hayat dengan kadar premium tahunan bagi setiap RM1 000 nilai muka seperti dalam jadual di sebelah. Kadar premium tersebut adalah untuk lelaki yang sihat dan tidak merokok. (a) Rizqi berumur 35 tahun, seorang lelaki yang sihat dan tidak merokok. Dia ingin membeli pelan boleh baharu tahunan bernilai RM150 000. Hitung premium bulanan yang perlu dibayarnya. (b) (i) Vincent ingin membeli pelan bertempoh 5 tahun dengan nilai muka RM100 000. Dia berumur 45 tahun, seorang lelaki yang sihat dan tidak merokok. Hitung premium tahunannya. (ii) Jika Vincent membeli pelan boleh baharu tahunan dengan nilai muka RM100 000, berapakah beza premium tahunan yang dibayarnya, berbanding dengan pelan bertempoh 5 tahun? 7. Motosikal milik Salleh dilindungi dengan insurans motor yang mempunyai peruntukan deduktibel sebanyak

Latih Kendiri 3.1b BAB 3 Matematik Pengguna Risiko dan Perlindungan Insurans Tingkatan 5

Image
Latih Kendiri 3.1b BAB 3 Matematik Pengguna Risiko dan Perlindungan Insurans Tingkatan 5 Latih Kendiri 3.1b BAB 3 Matematik Pengguna Insurans Tingkatan 5 1. Jadual di bawah menunjukkan sebahagian faedah bagi insurans kemalangan diri yang ditawarkan oleh Syarikat Insurans RST. Faedah Jumlah perlindungan (RM) Premium tahunan mengikut pekerjaan Kelas 1 & 2 (RM) Kelas 3 (RM) Kematian akibat kemalangan 100 000 Hilang upaya kekal 364.75 1 065.40 dan menyeluruh 200 000 Hilang upaya kekal 150 000 * Kelas 1 – Pekerjaan dalam industri tidak berbahaya dan bekerja di dalam pejabat. * Kelas 2 – Pekerjaan yang melibatkan tugas-tugas bukan manual dalam industri separa bahaya. * Kelas 3 – Pekerjaan yang melibatkan tugas-tugas manual dan penggunaan peralatan atau mesin jentera. Pada pendapat anda, apakah yang menyebabkan bayaran premium bagi pekerjaan kelas 3 lebih tinggi berbanding dengan kelas 1 dan 2? 2. Jadual di bawah menunjukkan kadar premium tahunan per RM1 000 nilai muka insurans hayat bole

F5 BAB 3 Matematik Pengguna Risiko dan Perlindungan Insurans Tingkatan 5

Image
F5 BAB 3 Matematik Pengguna Risiko dan Perlindungan Insurans Tingkatan 5 BAB 3 Matematik Pengguna Risiko dan Perlindungan Insurans Tingkatan 5 Di Malaysia, industri insurans telah dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia bawah Akta Insurans 1996 yang telah menggantikan Akta Insurans 1963. Akta ini dilengkapi dengan peraturan-peraturan insurans dan menjadi asas perundangan utama yang mengawal urusan perniagaan insurans di Malaysia. Selain itu, akta ini telah memberi kuasa kepada Bank Negara Malaysia untuk menentukan perkara-perkara yang selaras dengan peruntukan akta. Risiko Kemalangan jalan raya yang mencederakan pemandu dan penumpang kenderaan yang terlibat, kemusnahan harta benda disebabkan kebakaran, bil perubatan yang tinggi akibat penyakit kritikal dan sebagainya mungkin boleh berlaku dalam kehidupan kita. Sudah semestinya kejadian seperti ini menyebabkan kita menanggung kerugian. Hakikat bahawa diri kita terdedah kepada kerugian sedemikian dan ketidakpastian sama ada perkara terse

Latih Kendiri 3.1a BAB 3 Matematik Pengguna Risiko dan Perlindungan Insurans Tingkatan 5

Image
Latih Kendiri 3.1a BAB 3 Matematik Pengguna Risiko dan Perlindungan Insurans Tingkatan 5 Latih Kendiri 3.1a BAB 3 Matematik Pengguna Insurans 1. Berdasarkan situasi di bawah, jawab soalan berikut. Encik Daud membeli satu polisi insurans untuk dirinya jika dia terlibat dengan kemalangan daripada Syarikat Insurans Bersatu berjumlah RM300 000 dengan bayaran bulanan RM100. (a) Siapakah syarikat insurans dan pemegang polisi? (b) Berapakah had perlindungan? (c) Berapakah nilai premium bulanan? (d) Nyatakan risiko yang diinsuranskan. 2. Pada suatu hari, kereta Melisa telah melanggar sebuah kereta lain dalam satu kemalangan dan dia didapati bersalah. Akibat kemalangan itu, kedua-dua buah kereta mengalami kerosakan teruk dan pemandu kereta yang dilanggar Melisa mengalami kecederaan patah kaki. Melisa ingin membuat tuntutan kerosakan bagi kedua-dua buah kereta serta kos rawatan kecederaan pemandu tersebut. Berdasarkan senario di atas, nyatakan tuntutan yang boleh dibuat oleh Melisa kepada syarik

F5 BAB 4 Matematik Pengguna: Percukaian Latih Kendiri 4.1d

Image
F5 BAB 4 Matematik Pengguna: Percukaian Latih Kendiri 4.1d Matematik Tingkatan 5 BAB 4 Matematik Pengguna: Percukaian Latih Kendiri 4.1d Latih Kendiri 4.1d 1. Han dan isterinya masing-masing mendapat gaji tahunan sebanyak RM63 400 dan RM52 100 pada tahun 2020. Diberi bahawa jumlah pelepasan yang layak dituntut oleh Han dan isterinya ialah RM61 219. Hitung jumlah cukai pendapatan yang perlu dibayar oleh Han dan isterinya jika taksiran cukai bersama dibuat. 2. Encik Jamil adalah seorang pengurus di sebuah syarikat. Gaji tahunannya pada tahun 2020 ialah RM146 200. Pada tahun tersebut, dia membayar jumlah zakat sebanyak RM2 500. Diberi bahawa jumlah pelepasan cukainya ialah RM46 250 dan PCB dipotong sebanyak RM1 400 setiap bulan. (a) Hitung pendapatan bercukai Encik Jamil. (b) Hitung cukai pendapatan yang perlu dibayar oleh Encik Jamil. (c) Perlukah Encik Jamil membuat bayaran cukai yang tidak mencukupi kepada LHDN? Jelaskan jawapan anda. Kredit

F5 BAB 4 Matematik Pengguna: Percukaian Latih Ekstensif

Image
F5 BAB 4 Matematik Pengguna: Percukaian Latih Ekstensif Latih Ekstensif 7. Azman memiliki sebidang tanah berkeluasan 6.7 m × 22.9 m untuk membina rumah kediaman. Kerajaan negeri menetapkan kadar cukai tanah di kawasan itu pada RM0.40 setiap meter persegi. Hitung jumlah cukai tanah yang perlu dibayar oleh Azman setiap tahun. 8. Gaji bulanan Jordan ialah RM6 500. Pada tahun 2020, dia telah mendapat bonus sebanyak sebulan gaji dan elaun-elaun berjumlah RM9 600 yang dikecualikan cukai. Dia juga menderma kepada organisasi yang diluluskan oleh kerajaan berjumlah RM1 000. Diberi bahawa jumlah pelepasan yang dibenarkan ialah RM10 400. Hitung pendapatan bercukai Jordan. 9. Encik Osman mempunyai pendapatan bercukai sebanyak RM35 800 pada tahun 2020. Dia telah membayar zakat berjumlah RM700. Hitung cukai pendapatan yang perlu dibayar oleh Encik Osman bagi tahun tersebut. 10. Jun Kiat hendak membeli sebuah kereta baharu untuk digunakan di Semenanjung Malaysia. Dia memperuntukkan RM280 untuk membay

BAB 4 Matematik Pengguna Percukaian Tingkatan 5

Image
BAB 4 Matematik Pengguna Percukaian Tingkatan 5 Pentadbiran sebuah negara ialah satu proses yang rumit dan memerlukan peruntukan yang besar. Cukai merupakan sumber kewangan yang utama bagi sesebuah kerajaan untuk mentadbir urus dan membangunkan negara. Sistem cukai yang optimum bukan sahaja berupaya menjadi hasil kerajaan malahan juga dapat meningkatkan kualiti hidup rakyat dan mendorong pelaburan swasta. Apakah cukai yang ada di Malaysia? Percukaian ialah satu proses hasil (wang) dikumpul daripada individu atau syarikat untuk digunakan dalam pembangunan negara dengan menyediakan pelbagai kemudahan (misalnya pendidikan, kesihatan, keselamatan, kebajikan) demi kesejahteraan semua rakyat. Semua hasil cukai yang dikutip berdasarkan akta-akta yang diluluskan dalam parlimen. Pendapatan Bercukai Cukai pendapatan individu yang perlu dibayar dikira berdasarkan pendapatan bercukai. Pendapatan bercukai boleh diperoleh dengan menggunakan persamaan seperti di bawah. Pendapatan bercukai = jumlah pe

F5 BAB 4 Matematik Pengguna: Percukaian Latih Kendiri 4.1c

Image
F5 BAB 4 Matematik Pengguna: Percukaian Latih Kendiri 4.1c Latih Kendiri 4.1c 1. Hitung pendapatan bercukai berdasarkan maklumat-maklumat yang diberi. (a) Jumlah pendapatan RM 89 340      (b) Jumlah pendapatan RM 76 000      Pengecualian cukai RM 2 500                Pengecualian cukai RM 8 250      Pelepasan cukai RM 11 000                     Pelepasan cukai RM 15 340 (c) Jumlah pendapatan RM68 210      (d) Jumlah pendapatan RM 113 421      Pelepasan                                                             Pelepasan      Individu RM9 000                                         Individu RM 9 000      Insurans hayat dan      KWSP (had RM7 000) RM6 250           Insurans hayat dan                                                                                      KWSP (had RM7 000) RM 11 420 Insurans perubatan (had RM3 000) RM3 600                               Insurans pendidikan (had RM3 000)                                                                                      RM 2
Kepada semua pelajar/pelawat blog ini agar meninggalkan komen di ruang komen samada apa yang dipaparkan di blog ini dapat difahami atau sukar difahami agar dapat cikgu tingkatkan usaha. Feedback semua amat diperlukan untuk cikgu pastikan samada terus aktifkan blog ini atau sebaliknya. Kerjasama semua amat cikgu hargai. Blog aktif bergantung kepada support pengunjung. Terima kasih.

SUBSCRIBE PERCUMA



More Video
Visit My Youtube Channel


Beli Buku-buku Rujukan / Novel. >>KLIK SINI<< . Thank you for supporting my online store.
Kedai Abah Online Store


FOLLOW Facebook Page utk terkini https://www.facebook.com/TuisyenCikguAzman/

MENU Utama MATEMATIK (Klik Sini)

MENU Utama Matematik Tambahan (Klik Sini)

Sila Komen di ruang komen di atas untuk sebarang pertanyaan atau cadangan soalan,  Nyatakan latihan, mukasurat dan nombor soalan.


Please SHARE ke WS group atau FB / IG 

Followers