Posts

Showing posts with the label F5 Matematik-BAB 4 Matematik Pengguna: Percukaian

Untuk Soalan Seterusnya, tap/klik Link (merah) di bawah setiap soalan semasa, eg: F3 Bab 1 (Uji Minda 1.1a) pilih Q4 atau Q5 bergantung soalan yg dicari. Jika tiada soalan tersedia, comment untuk di update soalan tertentu.

F5 BAB 4 Matematik Pengguna: Percukaian Latih Kendiri 4.1d

Image
F5 BAB 4 Matematik Pengguna: Percukaian Latih Kendiri 4.1d Matematik Tingkatan 5 BAB 4 Matematik Pengguna: Percukaian Latih Kendiri 4.1d Latih Kendiri 4.1d 1. Han dan isterinya masing-masing mendapat gaji tahunan sebanyak RM63 400 dan RM52 100 pada tahun 2020. Diberi bahawa jumlah pelepasan yang layak dituntut oleh Han dan isterinya ialah RM61 219. Hitung jumlah cukai pendapatan yang perlu dibayar oleh Han dan isterinya jika taksiran cukai bersama dibuat. 2. Encik Jamil adalah seorang pengurus di sebuah syarikat. Gaji tahunannya pada tahun 2020 ialah RM146 200. Pada tahun tersebut, dia membayar jumlah zakat sebanyak RM2 500. Diberi bahawa jumlah pelepasan cukainya ialah RM46 250 dan PCB dipotong sebanyak RM1 400 setiap bulan. (a) Hitung pendapatan bercukai Encik Jamil. (b) Hitung cukai pendapatan yang perlu dibayar oleh Encik Jamil. (c) Perlukah Encik Jamil membuat bayaran cukai yang tidak mencukupi kepada LHDN? Jelaskan jawapan anda. Kredit

F5 BAB 4 Matematik Pengguna: Percukaian Latih Ekstensif

Image
F5 BAB 4 Matematik Pengguna: Percukaian Latih Ekstensif Latih Ekstensif 7. Azman memiliki sebidang tanah berkeluasan 6.7 m × 22.9 m untuk membina rumah kediaman. Kerajaan negeri menetapkan kadar cukai tanah di kawasan itu pada RM0.40 setiap meter persegi. Hitung jumlah cukai tanah yang perlu dibayar oleh Azman setiap tahun. 8. Gaji bulanan Jordan ialah RM6 500. Pada tahun 2020, dia telah mendapat bonus sebanyak sebulan gaji dan elaun-elaun berjumlah RM9 600 yang dikecualikan cukai. Dia juga menderma kepada organisasi yang diluluskan oleh kerajaan berjumlah RM1 000. Diberi bahawa jumlah pelepasan yang dibenarkan ialah RM10 400. Hitung pendapatan bercukai Jordan. 9. Encik Osman mempunyai pendapatan bercukai sebanyak RM35 800 pada tahun 2020. Dia telah membayar zakat berjumlah RM700. Hitung cukai pendapatan yang perlu dibayar oleh Encik Osman bagi tahun tersebut. 10. Jun Kiat hendak membeli sebuah kereta baharu untuk digunakan di Semenanjung Malaysia. Dia memperuntukkan RM280 untuk membay...

BAB 4 Matematik Pengguna Percukaian Tingkatan 5

Image
BAB 4 Matematik Pengguna Percukaian Tingkatan 5 Pentadbiran sebuah negara ialah satu proses yang rumit dan memerlukan peruntukan yang besar. Cukai merupakan sumber kewangan yang utama bagi sesebuah kerajaan untuk mentadbir urus dan membangunkan negara. Sistem cukai yang optimum bukan sahaja berupaya menjadi hasil kerajaan malahan juga dapat meningkatkan kualiti hidup rakyat dan mendorong pelaburan swasta. Apakah cukai yang ada di Malaysia? Percukaian ialah satu proses hasil (wang) dikumpul daripada individu atau syarikat untuk digunakan dalam pembangunan negara dengan menyediakan pelbagai kemudahan (misalnya pendidikan, kesihatan, keselamatan, kebajikan) demi kesejahteraan semua rakyat. Semua hasil cukai yang dikutip berdasarkan akta-akta yang diluluskan dalam parlimen. Pendapatan Bercukai Cukai pendapatan individu yang perlu dibayar dikira berdasarkan pendapatan bercukai. Pendapatan bercukai boleh diperoleh dengan menggunakan persamaan seperti di bawah. Pendapatan bercukai = jumlah pe...

F5 BAB 4 Matematik Pengguna: Percukaian Latih Kendiri 4.1c

Image
F5 BAB 4 Matematik Pengguna: Percukaian Latih Kendiri 4.1c Latih Kendiri 4.1c 1. Hitung pendapatan bercukai berdasarkan maklumat-maklumat yang diberi. (a) Jumlah pendapatan RM 89 340      (b) Jumlah pendapatan RM 76 000      Pengecualian cukai RM 2 500                Pengecualian cukai RM 8 250      Pelepasan cukai RM 11 000                     Pelepasan cukai RM 15 340 (c) Jumlah pendapatan RM68 210      (d) Jumlah pendapatan RM 113 421      Pelepasan                                                             Pelepasan      Individu RM9 000                   ...
Kepada semua pelajar/pelawat blog ini agar meninggalkan komen di ruang komen samada apa yang dipaparkan di blog ini dapat difahami atau sukar difahami agar dapat cikgu tingkatkan usaha. Feedback semua amat diperlukan untuk cikgu pastikan samada terus aktifkan blog ini atau sebaliknya. Kerjasama semua amat cikgu hargai. Blog aktif bergantung kepada support pengunjung. Terima kasih.

SUBSCRIBE PERCUMA



More Video
Visit My Youtube Channel


Beli Buku-buku Rujukan / Novel. >>KLIK SINI<< . Thank you for supporting my online store.
Kedai Abah Online Store


FOLLOW Facebook Page utk terkini https://www.facebook.com/TuisyenCikguAzman/

MENU Utama MATEMATIK (Klik Sini)

MENU Utama Matematik Tambahan (Klik Sini)

Sila Komen di ruang komen di atas untuk sebarang pertanyaan atau cadangan soalan,  Nyatakan latihan, mukasurat dan nombor soalan.


Please SHARE ke WS group atau FB / IG 

Followers