Posts

Showing posts from May, 2022

Untuk Soalan Seterusnya, tap/klik Link (merah) di bawah setiap soalan semasa, eg: F3 Bab 1 (Uji Minda 1.1a) pilih Q4 atau Q5 bergantung soalan yg dicari. Jika tiada soalan tersedia, comment untuk di update soalan tertentu.

F1 Latih Diri 2.1b Bab 2 Faktor dan Gandaan Matematik Tingkatan 1

Image
F1 Latih Diri 2.1b Bab 2 Faktor dan Gandaan Matematik Tingkatan 1 F1 Latih Diri 2.1b  Bab 2 Faktor dan Gandaan Matematik Tingkatan 1 1. Tentukan sama ada (a) 3, 5 dan 7 ialah faktor perdana bagi 30 atau bukan. (b) 3, 5 dan 9 ialah faktor perdana bagi 54 atau bukan. 2. Senaraikan semua faktor perdana bagi setiap nombor yang berikut. (a) 36 (b) 48 (c) 58 (d) 99 3. Ungkapkan setiap nombor yang berikut dalam bentuk pemfaktoran perdana. (a) 42 (b) 96 (c) 120 (d) 135

F1 Latih Diri 2.1a Bab 2 Faktor dan Gandaan Matematik Tingkatan 1

Image
F1 Latih Diri 2.1a Bab 2 Faktor dan Gandaan Matematik Tingkatan 1 Bab 2 Faktor dan Gandaan Matematik Tingkatan 1 Latih Diri 2.1a  1. Tentukan sama ada setiap nombor yang berikut ialah faktor bagi nombor dalam tanda kurung atau bukan. (a) 12 (40) (b) 5 (50) (c) 8 (24) (d) 6 (90) (e) 3 (45) (f) 14 (56) (g) 15 (60) (h) 18 (98) 2. Senaraikan semua faktor bagi setiap nombor yang berikut. (a) 15 (b) 32 (c) 40 (d) 48 (e) 51 (f) 87 (g) 98 (h) 124

Bab 2 Faktor dan Gandaan Matematik Tingkatan 1

Image
Bab 2 Faktor dan Gandaan Matematik Tingkatan 1 Bab 2 Faktor dan Gandaan Faktor dan gandaan digunakan dalam situasi harian yang melibatkan bilangan yang digandakan atau bilangan yang diperoleh dalam susunan baris atau kumpulan. Bagaimanakah pengetahuan tentang faktor sepunya terbesar dapat membantu seorang jurubina menentukan saiz terbesar jubin-jubin berbentuk segi empat sama yang digunakan untuk menutupi seluruh lantai? 2.1 Faktor, Faktor Perdana dan Faktor Sepunya Terbesar(FSTB) Misalnya, 12 boleh dibahagi tepat dengan 1, 2, 3, 4, 6 dan 12. Jadi, nombor 1, 2, 3, 4, 6 dan 12 disebut sebagai faktor bagi 12. Faktor bagi suatu nombor ialah nombor bulat yang boleh membahagi nombor itu dengan tepat. Jawapan Latih Diri 2.1a <klik sini> Faktor bagi 18 ialah 1, 2, 3, 6, 9 dan 18. Antara faktor itu, 2 dan 3 ialah nombor perdana. Maka, 2 dan 3 disebut sebagai faktor perdana bagi 18. Suatu nombor boleh diungkapkan dalam bentuk pemfaktoran perdana dengan keadaan nombor itu ditulis sebaga

F5 Addmath Latihan Sumatif Q1 Bab 7 PENGATURCARAAN LINEAR

Image
F5 Addmath Latihan Sumatif Q1 Bab 7 PENGATURCARAAN LINEAR Latihan Sumatif Bab 7 PENGATURCARAAN LINEAR Soalan 1 1. Sebuah keluarga di sebuah kampung menghasilkan dua jenis kerusi rotan, iaitu kerusi rotan kecil dan kerusi rotan besar. Keluarga tersebut memperoleh bahan mentah rotan sekurang-kurangnya 60 kg seminggu. Sebuah kerusi rotan kecil memerlukan 3 kg rotan manakala sebuah kerusi rotan besar memerlukan 5 kg rotan. Jumlah pekerja yang ada adalah seramai 60 orang. Dua orang pekerja diperlukan untuk menghasilkan kerusi rotan kecil manakala tiga orang pekerja diperlukan untuk menghasilkan kerusi rotan besar.  (a) Jika x buah kerusi rotan kecil dan y buah kerusi rotan besar dihasilkan pada setiap minggu, tuliskan empat ketaksamaan linear yang memuaskan syarat-syarat tersebut. (b) Dengan menggunakan skala 2 cm kepada 5 buah kerusi rotan pada kedua-dua paksi, bina dan lorekkan kawasan R yang memuaskan semua ketaksamaan linear tersebut. (c) Harga bagi sebuah kerusi rotan kecil ialah RM40

F4 Addmath Q5 Latihan Intensif 3.1 Bab 3 System Persamaan Matematik Tamb...

Image
F4 Addmath Q5 Latihan Intensif 3.1 Bab 3 System Persamaan Matematik Tambahan Q5 Latihan Intensif 3.1  Bab 3 System Persamaan Matematik Tambahan Tingkatan 4 Soalan 5 5. Encik Chong ingin membeli beberapa ekor ayam, arnab dan itik untuk ladangnya. Jumlah haiwan yang perlu dibeli ialah 50 ekor. Dia mempunyai RM1 500 untuk dibelanjakan. Seekor ayam berharga RM20, seekor arnab berharga RM50 dan seekor itik berharga RM30. Bilangan ayam dan itik yang dibeli adalah sama. Berapakah bilangan setiap haiwan yang dibeli oleh Encik Chong? Tulis satu sistem persamaan untuk menyelesaikan masalah ini.
Kepada semua pelajar/pelawat blog ini agar meninggalkan komen di ruang komen samada apa yang dipaparkan di blog ini dapat difahami atau sukar difahami agar dapat cikgu tingkatkan usaha. Feedback semua amat diperlukan untuk cikgu pastikan samada terus aktifkan blog ini atau sebaliknya. Kerjasama semua amat cikgu hargai. Blog aktif bergantung kepada support pengunjung. Terima kasih.

SUBSCRIBE PERCUMA



More Video
Visit My Youtube Channel


Beli Buku-buku Rujukan / Novel. >>KLIK SINI<< . Thank you for supporting my online store.
Kedai Abah Online Store


FOLLOW Facebook Page utk terkini https://www.facebook.com/TuisyenCikguAzman/

MENU Utama MATEMATIK (Klik Sini)

MENU Utama Matematik Tambahan (Klik Sini)

Sila Komen di ruang komen di atas untuk sebarang pertanyaan atau cadangan soalan,  Nyatakan latihan, mukasurat dan nombor soalan.


Please SHARE ke WS group atau FB / IG 

Followers