F5 Addmath Latihan Sumatif Q1 Bab 7 PENGATURCARAAN LINEAR
F5 Addmath Latihan Sumatif Q1 Bab 7 PENGATURCARAAN LINEAR
Latihan Sumatif
Bab 7 PENGATURCARAAN LINEAR
Soalan 1
1. Sebuah keluarga di sebuah kampung menghasilkan dua jenis kerusi rotan, iaitu kerusi rotan kecil dan kerusi rotan besar. Keluarga tersebut memperoleh bahan mentah rotan sekurang-kurangnya 60 kg seminggu. Sebuah kerusi rotan kecil memerlukan 3 kg rotan manakala sebuah kerusi rotan besar memerlukan 5 kg rotan. Jumlah pekerja yang ada adalah seramai 60 orang. Dua orang pekerja diperlukan untuk menghasilkan kerusi rotan kecil manakala tiga orang pekerja diperlukan untuk menghasilkan kerusi rotan besar.
(a) Jika x buah kerusi rotan kecil dan y buah kerusi rotan besar dihasilkan pada setiap minggu, tuliskan empat ketaksamaan linear yang memuaskan syarat-syarat tersebut.
(b) Dengan menggunakan skala 2 cm kepada 5 buah kerusi rotan pada kedua-dua paksi, bina dan lorekkan kawasan R yang memuaskan semua ketaksamaan linear tersebut.
(c) Harga bagi sebuah kerusi rotan kecil ialah RM40 dan harga bagi sebuah kerusi rotan besar ialah RM80.
Daripada graf yang diperoleh di (b), cari
(i) nilai x dan nilai y yang akan memberi pendapatan maksimum kepada keluarga itu,
(ii) pendapatan maksimum itu.
Soalan Seterusnya, klik (Latihan Sumatif) merah di bawah untuk ke list menu.
Comments
Post a Comment