Posts

Showing posts with the label F4 AddMath Bab 9 (Latihan Pengukuhan)

Untuk Soalan Seterusnya, tap/klik Link (merah) di bawah setiap soalan semasa, eg: F3 Bab 1 (Uji Minda 1.1a) pilih Q4 atau Q5 bergantung soalan yg dicari. Jika tiada soalan tersedia, comment untuk di update soalan tertentu.

F4 Penyelesaian Segitiga Latihan Pengukuhan Q4 Bab 9 49lp

Image
F4 Penyelesaian Segitiga Latihan Pengukuhan Q4 Bab 9  Bab 9 Penyelesaian Segi Tiga Soalan 4   Diberi segi tiga XYZ dengan keadaan ∠X = 42.2°, x = 10 cm dan z = 13.4 cm. TP4 (a) Lakarkan dua bentuk segi tiga yang mungkin. (b) Seterusnya cari ∠Z yang mungkin. (c) Hitung luas segi tiga XYZ untuk ∠Z yang cakah.

F4 Penyelesaian Segitiga Latihan Pengukuhan Q10 Bab 9 49lp

Image
Penyelesaian Segitiga Latihan Pengukuhan Soalan 10 Rajah di sebelah menunjukkan kedudukan empat buah stesen minyak, J, K, L dan M di sebuah daerah. Diberi jarak JK = 40 km, KL = 80 km, LM = 65 km dan ∠JKL = 44°. TP5 (a) Hitung (i) jarak JL, (ii) ∠JML, (iii) luas kawasan KLM. (b) Tanpa melakukan pengiraan, tentukan stesen minyak yang paling jauh dari stesen minyak K. Jelaskan. (c) Jika sebuah kereta bergerak di sepanjang jalan KL, hitung jarak terdekat kereta itu dari stesen minyak M.

F4 Penyelesaian Segitiga Latihan Pengukuhan Q9 Bab 9 49lp

Image
F4 Penyelesaian Segitiga Latihan Pengukuhan Q9 Bab 9 Soalan 9 Rashid memandu sebuah bot ke arah barat. Dia melihat sebuah rumah api sejauh 25 km pada bearing 235°. TP5 (a) Lakarkan rajah untuk menggambarkan situasi ini. (b) Berapakah jarak yang telah dilalui oleh bot itu jika jaraknya dari rumah api ialah 16 km? (c) Rashid meneruskan pemanduannya sehingga jaraknya dari rumah api sekali lagi ialah 16 km. (i) Hitung jarak di antara kedudukan pertama dengan kedudukan kedua bot itu. (ii) Apakah bearing rumah api dari bot itu pada kedudukan yang kedua?

Penyelesaian Segitiga Latihan Pengukuhan Q8 49lp

Image
Latihan Pengukuhan Penyelesaian Segitiga Soalan 8 Rajah di sebelah menunjukkan sebuah bongkah kaca berbentuk piramid VABC. Tapak bongkah itu berbentuk segi tiga sama kaki dengan AB = AC = 5.2 cm. V ialah puncak bongkah dengan keadaan BV = CV = 3 cm. Sudut antara satah condong VBC dengan tapak ABC ialah 50°. Hitung TP5 (a) ∠BAC, diberi luas tapak ialah 8.69 cm2, (b) panjang AV, diberi sudut antara garis AV dengan tapak ialah 25°, (c) luas permukaan VAB bongkah kaca itu.

Penyelesaian Segitiga Latihan Pengukuhan Q5 49lp

Image
Penyelesaian Segitiga Latihan Pengukuhan Q5 Latihan Pengukuhan Soalan 5 Rajah di sebelah menunjukkan lima titik, A, B, C, D dan E yang membentuk sisi empat. BCD ialah garis lurus, ∠ACB adalah cakah dan luas segi tiga ADE ialah 20 cm2. Hitung TP4 (a) panjang AD, (b) ∠DAE.

F4 Penyelesaian Segitiga Latihan Pengukuhan Q6 Bab 9 49lp

Image
F4 Penyelesaian Segitiga Latihan Pengukuhan Q6 Bab 9 Soalan 6 Dalam rajah di sebelah, PQR ialah segi tiga sama sisi yang mengufuk dengan panjang sisi 6 cm. Titik T ialah 4 cm tegak di atas titik tengah PQ. Hitung TP5 (a) sudut yang terbentuk oleh TR dengan segi tiga PQR, (b) luas satah TPR.

Penyelesaian Segitiga Petua Sine Cosine Latihan Pengukuhan 49lp

Image
Penyelesaian Segitiga Petua Sine Cosine Q1 Latihan Pengukuhan Latihan Pengukuhan Soalan 1 (a) Diberi ∠ABC = 50°, ∠BAC = 72° dan c = 5.8 cm, hitung panjang a dan b. TP1 (b) Diberi sisi-sisi segi tiga PQR ialah p = 8.28 cm, q = 6.56 cm dan r = 3.63 cm, cari ∠P, ∠Q dan ∠R. Soalan 2 Cari nilai x dalam setiap rajah berikut.
Kepada semua pelajar/pelawat blog ini agar meninggalkan komen di ruang komen samada apa yang dipaparkan di blog ini dapat difahami atau sukar difahami agar dapat cikgu tingkatkan usaha. Feedback semua amat diperlukan untuk cikgu pastikan samada terus aktifkan blog ini atau sebaliknya. Kerjasama semua amat cikgu hargai. Blog aktif bergantung kepada support pengunjung. Terima kasih.

SUBSCRIBE PERCUMA



More Video
Visit My Youtube Channel


Beli Buku-buku Rujukan / Novel. >>KLIK SINI<< . Thank you for supporting my online store.
Kedai Abah Online Store


FOLLOW Facebook Page utk terkini https://www.facebook.com/TuisyenCikguAzman/

MENU Utama MATEMATIK (Klik Sini)

MENU Utama Matematik Tambahan (Klik Sini)

Sila Komen di ruang komen di atas untuk sebarang pertanyaan atau cadangan soalan,  Nyatakan latihan, mukasurat dan nombor soalan.


Please SHARE ke WS group atau FB / IG 

Followers