Untuk Soalan Seterusnya, tap/klik Link (merah) di bawah setiap soalan semasa, eg: F3 Bab 1 (Uji Minda 1.1a) pilih Q4 atau Q5 bergantung soalan yg dicari. Jika tiada soalan tersedia, comment untuk di update soalan tertentu.

F5 BAB 4 Matematik Pengguna: Percukaian Latih Ekstensif

F5 BAB 4 Matematik Pengguna: Percukaian Latih Ekstensif

Latih Ekstensif



7. Azman memiliki sebidang tanah berkeluasan 6.7 m × 22.9 m untuk membina rumah
kediaman. Kerajaan negeri menetapkan kadar cukai tanah di kawasan itu pada RM0.40
setiap meter persegi. Hitung jumlah cukai tanah yang perlu dibayar oleh Azman setiap
tahun.



8. Gaji bulanan Jordan ialah RM6 500. Pada tahun 2020, dia telah mendapat bonus
sebanyak sebulan gaji dan elaun-elaun berjumlah RM9 600 yang dikecualikan cukai. Dia
juga menderma kepada organisasi yang diluluskan oleh kerajaan berjumlah RM1 000.
Diberi bahawa jumlah pelepasan yang dibenarkan ialah RM10 400. Hitung pendapatan
bercukai Jordan.



9. Encik Osman mempunyai pendapatan bercukai sebanyak RM35 800 pada tahun 2020.
Dia telah membayar zakat berjumlah RM700. Hitung cukai pendapatan yang perlu
dibayar oleh Encik Osman bagi tahun tersebut.



10. Jun Kiat hendak membeli sebuah kereta baharu untuk digunakan di Semenanjung
Malaysia. Dia memperuntukkan RM280 untuk membayar cukai jalan bagi kereta
baharunya. Berapakah kapasiti enjin yang maksimum bagi kereta baharu Jun Kiat?



11. Encik Raju memiliki sebuah pangsapuri servis di Ampang. Sewa pangsapuri itu
dianggarkan pada RM1 200 sebulan dan dia membayar RM648 setahun untuk cukai
pintu. Hitung kadar cukai pintu bagi pangsapuri servis itu.



12. Selvi membeli sebungkus nasi lemak di sebuah gerai dengan harga RM5.50, tanpa cukai
perkhidmatan. Dia kemudiannya membeli secawan kopi dari kedai kopi dengan harga
RM14.80 termasuk cukai perkhidmatan 6%.
(a) Jelaskan sebab cukai jualan dan perkhidmatan tidak dikutip di gerai.
(b) Hitung harga asal secawan kopi tidak termasuk cukai jualan dan perkhidmatan.



13. Encik Suhaimi mendapat gaji tahunan sebanyak RM85 700 pada tahun 2020. Isterinya tidak
mempunyai pendapatan. Berikut ialah belanja yang hendak dituntut oleh Encik Suhaimi.
Perkara Encik Suhaimi
Individu RM9 000
Insurans hayat dan KWSP (had RM7 000) RM7 760
Gaya hidup (had RM2 500) RM2 000
Suami / isteri
(pelepasan untuk suami atau isteri yang tiada pendapatan)
RM4 000
Perbelanjaan rawatan perubatan ibu bapa (had RM5 000) RM1 500
Hitung jumlah cukai pendapatan bagi Encik Suhaimi dengan menggunakan cara
taksiran cukai bersama.

Matematik Pengguna Percukaian

















14. Eng Huat ialah seorang pekerja kilang. Gaji tahunannya ialah RM45 000 setahun.
Seperti tahun-tahun lepas, dia memberikan derma tetap sejumlah RM500 kepada pusat
kebajikan kesihatan yang diluluskan. Diberi bahawa jumlah pelepasan yang dituntut ialah
RM12 530.
(a) Hitung pendapatan bercukai Eng Huat.
(b) Jelaskan sama ada Eng Huat layak menerima rebat cukai.
(c) Hitung cukai pendapatan yang perlu dibayar oleh Eng Huat.




15. Pendapatan tahunan Puan Aida ialah RM84 400 pada tahun 2020. Dia menuntut
pelepasan cukai bagi individu sebanyak RM9 000, insurans hayat dan KWSP sebanyak
RM7 000, gaya hidup sebanyak RM1 200, insurans perubatan sebanyak RM2 800,
perbelanjaan rawatan perubatan ibu bapa sebanyak RM2 100 dan seorang anak berumur
18 tahun ke bawah yang belum berkahwin sebanyak RM2 000. Puan Aida telah
membuat bayaran zakat sebanyak RM600 pada tahun tersebut.
(a) Hitung pendapatan bercukai bagi Puan Aida.
(b) Hitung cukai pendapatan yang perlu dibayar oleh Puan Aida.
(c) Jika PCB sebanyak RM450 telah ditolak setiap bulan daripada gajinya, adakah
Puan Aida perlu membuat bayaran cukai pendapatannya?

Latihan Ekstensif matematik tingkatan 5




















Kredit

Comments

Kepada semua pelajar/pelawat blog ini agar meninggalkan komen di ruang komen samada apa yang dipaparkan di blog ini dapat difahami atau sukar difahami agar dapat cikgu tingkatkan usaha. Feedback semua amat diperlukan untuk cikgu pastikan samada terus aktifkan blog ini atau sebaliknya. Kerjasama semua amat cikgu hargai. Blog aktif bergantung kepada support pengunjung. Terima kasih.

SUBSCRIBE PERCUMA



More Video
Visit My Youtube Channel


Beli Buku-buku Rujukan / Novel. >>KLIK SINI<< . Thank you for supporting my online store.
Kedai Abah Online Store


FOLLOW Facebook Page utk terkini https://www.facebook.com/TuisyenCikguAzman/

MENU Utama MATEMATIK (Klik Sini)

MENU Utama Matematik Tambahan (Klik Sini)

Sila Komen di ruang komen di atas untuk sebarang pertanyaan atau cadangan soalan,  Nyatakan latihan, mukasurat dan nombor soalan.


Please SHARE ke WS group atau FB / IG 

Followers

Popular posts from this blog

Matematik Tingkatan 2 KSSM Jawapan Buku Teks

MATEMATIK Tingkatan 3 PT3 Jawapan Buku Teks

Matematik Tingkatan 1 Jawapan Buku Teks KSSM