Untuk Soalan Seterusnya, tap/klik Link (merah) di bawah setiap soalan semasa, eg: F3 Bab 1 (Uji Minda 1.1a) pilih Q4 atau Q5 bergantung soalan yg dicari. Jika tiada soalan tersedia, comment untuk di update soalan tertentu.

BAB 4 Matematik Pengguna Percukaian Tingkatan 5

BAB 4 Matematik Pengguna Percukaian Tingkatan 5


Matematik Pengguna Percukaian Tingkatan 5



Pentadbiran sebuah negara ialah satu proses yang rumit dan memerlukan
peruntukan yang besar. Cukai merupakan sumber kewangan yang utama bagi
sesebuah kerajaan untuk mentadbir urus dan membangunkan negara. Sistem
cukai yang optimum bukan sahaja berupaya menjadi hasil kerajaan malahan
juga dapat meningkatkan kualiti hidup rakyat dan mendorong pelaburan swasta.
Apakah cukai yang ada di Malaysia?

Percukaian ialah satu proses hasil (wang) dikumpul daripada
individu atau syarikat untuk digunakan dalam pembangunan
negara dengan menyediakan pelbagai kemudahan (misalnya
pendidikan, kesihatan, keselamatan, kebajikan) demi
kesejahteraan semua rakyat. Semua hasil cukai yang dikutip
berdasarkan akta-akta yang diluluskan dalam parlimen.

Pendapatan Bercukai

Cukai pendapatan individu yang perlu dibayar dikira
berdasarkan pendapatan bercukai. Pendapatan bercukai boleh
diperoleh dengan menggunakan persamaan seperti di bawah.
Pendapatan bercukai
=
jumlah pendapatan
pengecualian
pelepasan
tahunan cukai cukai

Jumlah pendapatan tahunan termasuk segala bentuk upah,
gaji, bonus, dividen, faedah, sewa, royalti, premium dan
sebagainya. Namun, tidak semua pendapatan yang diterima
daripada majikan perlu dikenakan cukai, contohnya elaun petrol
atau perjalanan, subsidi-subsidi majikan seperti perumahan
dan kenderaan, manfaat perubat

Pengecualian cukai merujuk kepada semua perbelanjaan
peribadi dalam bentuk hadiah, derma, sumbangan kepada
kerajaan atau pelbagai organisasi, contohnya perpustakaan
negeri dan badan rawatan kesihatan.
Perbelanjaan tersebut boleh dikecualikan cukai tetapi
tertakluk kepada had tertentu. Pengecualian cukai ini bertujuan
untuk meningkatkan perkembangan kebudayaan, kesenian dan
juga memupuk masyarakat penyayang.

Pelepasan cukai merujuk kepada perkara atau perbelanjaan
bagi kepentingan persendirian atau ahli-ahli keluarga yang tidak
dikenakan cukai pendapatan, antaranya caruman Kumpulan
Wang Simpanan Pekerja (KWSP), rawatan perubatan dan yuran
pengajian. Jenis pelepasan cukai bergantung kepada dasar yang
ditetapkan oleh kerajaan dan boleh berubah setiap tahun.

Rebat cukai diberikan untuk mengurangkan cukai yang perlu
dibayar. Terdapat 2 jenis rebat cukai, iaitu:
(a) Rebat cukai sebanyak RM400 akan diberikan kepada
pembayar cukai sekiranya pendapatan bercukainya tidak
melebihi RM35 000, tertakluk kepada perubahan semasa.
(b) Jumlah bayaran zakat atau fitrah oleh warganegara yang
beragama Islam akan mendapat rebat cukai.




Comments

Kepada semua pelajar/pelawat blog ini agar meninggalkan komen di ruang komen samada apa yang dipaparkan di blog ini dapat difahami atau sukar difahami agar dapat cikgu tingkatkan usaha. Feedback semua amat diperlukan untuk cikgu pastikan samada terus aktifkan blog ini atau sebaliknya. Kerjasama semua amat cikgu hargai. Blog aktif bergantung kepada support pengunjung. Terima kasih.

SUBSCRIBE PERCUMA



More Video
Visit My Youtube Channel


Beli Buku-buku Rujukan / Novel. >>KLIK SINI<< . Thank you for supporting my online store.
Kedai Abah Online Store


FOLLOW Facebook Page utk terkini https://www.facebook.com/TuisyenCikguAzman/

MENU Utama MATEMATIK (Klik Sini)

MENU Utama Matematik Tambahan (Klik Sini)

Sila Komen di ruang komen di atas untuk sebarang pertanyaan atau cadangan soalan,  Nyatakan latihan, mukasurat dan nombor soalan.


Please SHARE ke WS group atau FB / IG 

Followers

Popular posts from this blog

Matematik Tingkatan 2 KSSM Jawapan Buku Teks

MATEMATIK Tingkatan 3 PT3 Jawapan Buku Teks

Matematik Tingkatan 1 Jawapan Buku Teks KSSM