Untuk Soalan Seterusnya, tap/klik Link (merah) di bawah setiap soalan semasa, eg: F3 Bab 1 (Uji Minda 1.1a) pilih Q4 atau Q5 bergantung soalan yg dicari. Jika tiada soalan tersedia, comment untuk di update soalan tertentu.

Latihan Ekstensif BAB 3 Matematik Pengguna Risiko dan Perlindungan Insurans Tingkatan 5

Latihan Ekstensif BAB 3 Matematik Pengguna Risiko dan Perlindungan Insurans Tingkatan 5

Latihan Ekstensif BAB 3 Matematik Tingkatan 5

6. Syarikat Insurans ABC menawarkan dua pelan insurans hayat dengan kadar premium tahunan bagi setiap RM1 000 nilai muka seperti dalam jadual di sebelah. Kadar premium tersebut adalah untuk lelaki yang sihat dan tidak merokok.
(a) Rizqi berumur 35 tahun, seorang lelaki yang sihat dan tidak merokok. Dia ingin membeli pelan boleh baharu tahunan bernilai RM150 000. Hitung premium bulanan yang perlu dibayarnya.
(b) (i) Vincent ingin membeli pelan bertempoh 5 tahun dengan nilai muka RM100 000. Dia berumur 45 tahun, seorang lelaki yang sihat dan tidak merokok. Hitung premium tahunannya.
(ii) Jika Vincent membeli pelan boleh baharu tahunan dengan nilai muka RM100 000, berapakah beza premium tahunan yang dibayarnya, berbanding dengan pelan bertempoh 5 tahun?




7. Motosikal milik Salleh dilindungi dengan insurans motor yang mempunyai peruntukan
deduktibel sebanyak RM150. Sepanjang tempoh insurans tersebut, Salleh telah
mengalami tiga peristiwa kemalangan dengan kerugian sebanyak RM90, RM240 dan
RM300. Nyatakan sama ada Salleh boleh membuat tuntutan terhadap kerugian yang
dialami atau tidak. Jika ya, nyatakan jumlah bayaran pampasan yang boleh dituntutnya
bagi setiap kerugian yang dialami.

8. Pada tahun 2019, Puan Karen telah disahkan menghidapi barah dan telah membuat pembedahan bagi merawat penyakitnya itu. Perbelanjaan kos pembedahan dan rawatan adalah sebanyak RM130 000. Pada tahun berikutnya, Puan Karen telah mengalami kemalangan yang menyebabkan tulang tangannya patah. Kos merawat tangannya itu adalah sebanyak RM12 000. Jika Puan Karen mempunyai polisi insurans perubatan dalam tempoh dua tahun itu dengan deduktibel RM5 000 setahun dan had tahunan
bernilai RM150 000, nyatakan jumlah yang ditanggung Puan Karen dan jumlah bayaran pampasan yang dibayar oleh syarikat insurans bagi setiap rawatan yang diterimanya pada dua tahun itu.


9. Encik Gailang ingin membeli insurans kebakaran untuk rumahnya. Syarikat insurans menetapkan bahawa nilai boleh insurans rumah tersebut ialah RM1.3 juta. Polisi insurans kebakaran yang ingin dibelinya mempunyai peruntukan ko-insurans untuk menginsuranskan 70% daripada nilai boleh insurans hartanya dan deduktibel sebanyak RM3 000.
(a) Hitung jumlah insurans yang harus dibeli oleh Encik Gailang bagi rumahnya itu.
(b) Rumah Encik Gailang telah mengalami kebakaran dan jumlah kerugiannya adalah sebanyak RM205 000. Hitung jumlah insurans yang telah dibeli oleh Encik Gailang jika dia telah menerima bayaran pampasan sebanyak
(i) RM202 000
(ii) RM120 000

10. Rumah Encik Adam diinsuranskan dengan insurans kebakaran yang memperuntukkan ko-insurans untuk menginsuranskan 80% daripada nilai boleh insurans rumahnya. Nilai boleh insurans rumah itu ialah RM250 000.
(a) Hitung jumlah insurans yang harus dibeli oleh Encik Adam.
(b) Encik Adam telah menginsuranskan rumahnya mengikut jumlah di (a). Jika keseluruhan rumahnya hangus terbakar, adakah Encik Adam akan menerima bayaran pampasan sebanyak RM250 000? Berikan justifikasi anda.

11. Kos perubatan Sofia yang dilindungi polisi insuransnya berjumlah RM10 800. Dia ingin
menuntut pampasan daripada polisi insurans perubatan utamanya yang mempunyai
peruntukan deduktibel sebanyak RM300 dan penyertaan peratusan ko-insurans 80/20.
Hitung bayaran yang perlu ditanggung oleh Sofia dan bayaran pampasan yang diterimanya.

Kredit

Comments

Kepada semua pelajar/pelawat blog ini agar meninggalkan komen di ruang komen samada apa yang dipaparkan di blog ini dapat difahami atau sukar difahami agar dapat cikgu tingkatkan usaha. Feedback semua amat diperlukan untuk cikgu pastikan samada terus aktifkan blog ini atau sebaliknya. Kerjasama semua amat cikgu hargai. Blog aktif bergantung kepada support pengunjung. Terima kasih.

SUBSCRIBE PERCUMA



More Video
Visit My Youtube Channel


Beli Buku-buku Rujukan / Novel. >>KLIK SINI<< . Thank you for supporting my online store.
Kedai Abah Online Store


FOLLOW Facebook Page utk terkini https://www.facebook.com/TuisyenCikguAzman/

MENU Utama MATEMATIK (Klik Sini)

MENU Utama Matematik Tambahan (Klik Sini)

Sila Komen di ruang komen di atas untuk sebarang pertanyaan atau cadangan soalan,  Nyatakan latihan, mukasurat dan nombor soalan.


Please SHARE ke WS group atau FB / IG 

Followers

Popular posts from this blog

Matematik Tingkatan 2 KSSM Jawapan Buku Teks

MATEMATIK Tingkatan 3 PT3 Jawapan Buku Teks

Matematik Tingkatan 1 Jawapan Buku Teks KSSM