Untuk Soalan Seterusnya, tap/klik Link (merah) di bawah setiap soalan semasa, eg: F3 Bab 1 (Uji Minda 1.1a) pilih Q4 atau Q5 bergantung soalan yg dicari. Jika tiada soalan tersedia, comment untuk di update soalan tertentu.

F5 BAB 3 Matematik Pengguna Risiko dan Perlindungan Insurans Tingkatan 5

F5 BAB 3 Matematik Pengguna Risiko dan Perlindungan Insurans Tingkatan 5

BAB 3 Matematik Pengguna Risiko dan Perlindungan Insurans Tingkatan 5



Di Malaysia, industri insurans telah dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia bawah Akta Insurans 1996
yang telah menggantikan Akta Insurans 1963. Akta ini dilengkapi dengan peraturan-peraturan insurans
dan menjadi asas perundangan utama yang mengawal urusan perniagaan insurans di Malaysia. Selain itu, akta ini telah memberi kuasa kepada Bank Negara Malaysia untuk menentukan perkara-perkara yang selaras dengan peruntukan akta.

Risiko

Kemalangan jalan raya yang mencederakan pemandu dan penumpang kenderaan yang terlibat, kemusnahan harta benda disebabkan kebakaran, bil perubatan yang tinggi akibat penyakit kritikal dan sebagainya mungkin boleh berlaku dalam kehidupan kita. Sudah semestinya kejadian seperti ini menyebabkan kita menanggung kerugian. Hakikat bahawa diri kita terdedah kepada kerugian sedemikian dan ketidakpastian sama ada perkara tersebut akan berlaku kepada diri kita atau tidak menyebabkan wujudnya risiko dalam kehidupan kita. Oleh itu, risiko secara umumnya ialah kemungkinan berlakunya musibah yang tidak dapat dielakkan.

Insurans

Insurans bertujuan memindahkan risiko daripada individu kepada organisasi insurans. Kontrak insurans dimeterai antara syarikat insurans dengan pemilik insurans. Dalam kontrak ini, syarikat insurans dikehendaki membayar ganti rugi atau pampasan bagi kerugian yang dilindungi seperti yang dinyatakan dalam polisi, sebagai balasan kepada bayaran premium yang dibuat oleh pemegang polisi.

Insurans hayat

Insurans hayat menjamin pembayaran manfaat kewangan kepada pemegang polisi sekiranya berlaku kematian terhadap orang yang diinsuranskan atau bawah keadaan yang ditetapkan dalam kontrak.

Insurans am

Insurans am memberikan perlindungan daripada sebarang kerugian atau kerosakan harta benda
yang ditanggung, selain risiko yang dilindungi dalam insurans hayat. Terdapat banyak jenis
insurans am yang melindungi pelbagai risiko.

(i) Insurans motor

Insurans motor memberikan perlindungan terhadap sebarang kerugian atau kerosakan berkaitan dengan penggunaan kenderaan berenjin. Jadual di bawah menunjukkan empat jenis polisi insurans motor yang melindungi kenderaan anda.

Polisi komprehensif memberikan perlindungan yang menyeluruh berbanding dengan tiga polisi di atas. Persamaan bagi polisi-polisi ini ialah perlindungan tidak merangkumi tuntutan pemandu dan penumpang kenderaan seperti kecederaan dan kematian.

(ii) Insurans kebakaran

Insurans kebakaran memberikan perlindungan terhadap kerugian akibat kebakaran, kilat dan letupan yang berlaku pada rumah kediaman ataupun bangunan perniagaan. Pampasan akan dibayar oleh syarikat insurans untuk memulihkan kedudukan kewangan pemegang polisi, tertakluk kepada jumlah yang diinsuranskannya. Bagi mendapatkan perlindungan selain daripada kebakaran, kilat dan letupan, pemegang polisi boleh memasukkan perlindungan tambahan seperti taufan, banjir, rusuhan dan sebagainya dalam polisi kebakaran yang sedia ada dengan tambahan premium.

(iii) Insurans perubatan dan kesihatan

Selain risiko kematian, anda juga perlu memberikan perhatian kepada risiko kemerosotan kesihatan yang mungkin dihidapi. Hal ini demikian kerana anda mungkin terpaksa menanggung perbelanjaan perubatan seperti kos kemasukan ke hospital dan pembedahan. Antara polisi yang terdapat dalam insurans ini ialah:
• insurans hospital dan pembedahan
• insurans penyakit kritikal
• insurans pendapatan akibat hilang upaya
• insurans pendapatan hospital

(iv) Insurans kemalangan diri

Insurans kemalangan diri memberikan perlindungan sekiranya pemegang polisi mengalami kecederaan anggota badan, kecacatan, hilang upaya ataupun meninggal dunia berpunca secara langsung daripada kemalangan. Insurans ini adalah berbeza daripada insurans hayat, dan insurans perubatan dan kesihatan.

(v) Insurans perjalanan

Insurans perjalanan melindungi pemegang polisi terhadap kerugian dalam perjalanan sama ada melalui darat, udara atau laut seperti kematian dan kecacatan kekal, kehilangan bagasi, pasport dan duit, belanja perubatan dan lain-lain.

Insurans berkelompok

Insurans berkelompok secara asasnya memberikan perlindungan kepada sekumpulan individu, biasanya pekerja syarikat atau murid sekolah dan pelajar institusi pendidikan.

• Insurans berkelompok kepada organisasi
Perlindungan kewangan disediakan kepada pekerja sesebuah organisasi seperti kematian, hilang upaya, kemasukan hospital dan pembedahan dengan polisi dan had perlindungan tertentu. Dengan adanya insurans ini, pekerja-pekerja syarikat tersebut akan menikmati perlindungan sewajarnya daripada majikan mereka.

• Insurans berkelompok kepada murid
Perlindungan kewangan disediakan kepada murid seperti kematian, lumpuh, kecacatan dan elaun kerusi roda dengan polisi dan had perlindungan tertentu. Sebagai contoh, Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan skim perlindungan kepada murid sekolah-sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan bawah skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia (TPSM).



Comments

Kepada semua pelajar/pelawat blog ini agar meninggalkan komen di ruang komen samada apa yang dipaparkan di blog ini dapat difahami atau sukar difahami agar dapat cikgu tingkatkan usaha. Feedback semua amat diperlukan untuk cikgu pastikan samada terus aktifkan blog ini atau sebaliknya. Kerjasama semua amat cikgu hargai. Blog aktif bergantung kepada support pengunjung. Terima kasih.

SUBSCRIBE PERCUMA



More Video
Visit My Youtube Channel


Beli Buku-buku Rujukan / Novel. >>KLIK SINI<< . Thank you for supporting my online store.
Kedai Abah Online Store


FOLLOW Facebook Page utk terkini https://www.facebook.com/TuisyenCikguAzman/

MENU Utama MATEMATIK (Klik Sini)

MENU Utama Matematik Tambahan (Klik Sini)

Sila Komen di ruang komen di atas untuk sebarang pertanyaan atau cadangan soalan,  Nyatakan latihan, mukasurat dan nombor soalan.


Please SHARE ke WS group atau FB / IG 

Followers

Popular posts from this blog

Matematik Tingkatan 2 KSSM Jawapan Buku Teks

MATEMATIK Tingkatan 3 PT3 Jawapan Buku Teks

Matematik Tingkatan 1 Jawapan Buku Teks KSSM