F5 Addmath Latihan Formatif 1.2 Bab 1 Sukatan Membulat Latihan Formatif 1.2 Soalan 1-4 1. Rajah di sebelah menunjukkan sebuah bulatan berpusat O. Panjang lengkok minor RS ialah 15 cm dan sudut sektor major ROS ialah 275°. Cari (a) sudut sektor minor ROS, dalam radian, (b) jejari, dalam cm, bulatan itu. 2. Rajah di sebelah menunjukkan sektor UOV berpusat O. Diberi panjang lengkok UV ialah 5 cm dan perimeter sektor UOV ialah 18 cm. Cari nilai q, dalam radian. 3. Rajah di sebelah menunjukkan sektor EOF bagi sebuah bulatan berpusat O. Diberi bahawa OG = 4 cm dan OE = 5 cm, cari (a) nilai q, dalam radian, (b) perimeter, dalam cm, kawasan berlorek. 4. Rajah di sebelah menunjukkan dua sektor OPQ dan ORS dengan pusat O dan masing-masing berjejari 2h cm dan 3h cm. Diberi ˙POQ = 0.5 radian dan perimeter kawasan berlorek PQSR ialah 18 cm, cari (a) nilai h, dalam cm, (b) beza, dalam cm, antara panjang lengkok RS dan PQ.