F5 Latih Kendiri 1.3a Bab 1 Ubahan Bergabung Matematik Tingkatan 5
F5 Latih Kendiri 1.3a Bab 1 Ubahan Bergabung Matematik Tingkatan 5
Latih Kendiri 1.3a
Bab 1 Ubahan Bergabung
Soalan 1
1. Tuliskan setiap ubahan bergabung berikut dalam bentuk ubahan dan bentuk persamaan.
(a) w berubah secara langsung dengan punca kuasa tiga v dan secara songsang dengan
kuasa dua x.
(b) F berubah secara langsung dengan G dan H 3, dan secara songsang dengan t .
(c) Pecutan bagi sebuah objek, A berubah secara langsung dengan jarak yang dilalui, j,
dan secara songsang dengan kuasa dua masa yang diambil, t, oleh objek itu.
Soalan 2
2. Masa yang digunakan, t jam, untuk menyusun kerusi di dewan berubah secara langsung
dengan bilangan kerusi, c buah, dan secara songsang dengan bilangan pekerja yang
terlibat, p orang. Diberi bahawa 5 orang pekerja menggunakan masa 2 jam untuk
menyusun 1 000 buah kerusi. Ungkapkan t dalam sebutan c dan p.
Soalan 3
3. Diberi M berubah secara langsung dengan kuasa dua N dan secara songsang dengan P.
Jika M = 4.8 apabila N = 6 dan P = 1.5, hitung
(a) nilai P apabila M = 0.8 dan N = 2.4,
(b) nilai N apabila M = 19 dan P = 3.8.
Soalan 4
4. Jadual di sebelah menunjukkan perubahan tiga kuantiti, T,
e dan f. Diberi T berubah secara songsang dengan punca
kuasa dua e dan kuasa tiga f. Hitung nilai a dan nilai b.
Comments
Post a Comment